Faedah SLDN
Faedah kepada institusi latihan
Insentif Kewangan
Insentif Kewangan
- Mengurangkan kos pengambilan pekerja mahir dari segi latihan, penilaian, pengiklanan dan pemilihan.
- Layak mendapat potongan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 atau layak menuntut bayaran latihan daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (TPSM) untuk syarikat /majikan yang layak.
- Meningkatkan kualiti kerja kerana pekerja yang dilatih adalah mengikut keperluan di industri.
- Meningkatkan produktiviti kerana pekerja yang mengikuti SLDN boleh memenuhi keperluan pekerjaan sepenuhnya.
- Meningkatkan daya saeng kerana syarikat/ majikan dibekalkan dengan pekerja mahir yang releven dan mencukupi.
- Meningkatkan penggunaan teknologi baru yang lebih efisen kerana perantis SLDN diberi pendedahan kepada pelbagai teknologi terkini semasa proses pembeajaran.
- Meningkatkan kualiti kerana latihan yang dijalani sepanjang tempoh yang ditetapkan berdasarkan kepelbagaian proses kerja industri.
- Memberi kesan positif dari segi prestasi pekerja dan kepuasan pekerja.
- Meningkatkan imej syarikat/ majikan sebagai pengeluar K-Pekerja bagi melaksanakan tanggungjawab sosial negara.
- Membantu mewujudkan satu mekanisma tambahan bagi tujuan kenaikan pangkat dan meningkatkan kemahiran pekerja sediada.
- Memberi peluang kepada pekerja mahir sediada di industri didedahkan dengan ilmu dan kemahiran kejurulatihan.
Faedah kepada perantis (Pelatih)
Elaun
Elaun Minimum Sebulan
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan Tahap 3 sebanyak RM300.
Elaun
- Perantis layak menerima elaun bulanan minumum oleh pihak syarikat/ majikan bagi sepanjang tempoh latihan seperti berikut
Elaun Minimum Sebulan
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan Tahap 3 sebanyak RM300.